Tertinggal bas walaupun pukul 7.15 dah ready. Bulan puasa ni mungkin drebar bas tu lepas sahur je tak tidor lagi. Hari ini bas sampai awal tapi si kecil ni tak siap lagi. So bas dah tinggalkan dia. Dia ingat dah lewat, tunjuk dia jam masih pukul 7.30 pg dia ingat semua dah masuk kelas. Semangat dia untuk ke sekolah hari ini ada menurun sedikit, macam tak ada mood je. Tapi akhirnya dia pergi sekolah juga hari ini selepas dipujuk dan hantar hingga ke pintu sekolah tadika Montessori.
Thursday, September 2, 2010
Wednesday, September 1, 2010
Transit Bangladesh
Posing sebelum naik kapal terbang Biman Airlines.
Inilah keadaan pasar yang menjual pisang di buat dari buluh. Teringat aku pisang-pisang kat londang. Nak tanya harga dan pisang apapun aku tak paham bahasa dia jadi aku cuma tengok je la.
Abang Bangla ni pernah duduk Malaysia di Shah Alam. Sembang-sembang dia kata duduk sini susah mau cari makan bang. Teringat aku bertuahnya la aku dilahirkan kat Malaysia. Tak payah nak merantau macam mereka ni. Sekadar cukup-cukup makan jer.
Kat Malaysia dacing tu dah masuk muzium. Takda dacing elektronik semuanya pakai batu lagi. Walaupun begitu penjual-penjual disini tak tipu timbangan sebab orang-orang Islam disini agamanya bagus-bagus. Jual buah pun pakai baju nak pergi sembahyang.
Syukur ke hadrat Ilahi sebab aku dilahirkan di Malaysia. Jika ditakdirkan aku lahirkan di Bangladesh mungkin aku menjadi salah seorang penarik beca yang memenuhi setiap ruang di Bandar Dhaka. Di sini mana ada kerja nak cari makan, orang bangla pun datang ke sini. Syukurlah banyak-banyak hidup kat Malaysia ni. Jangan gaduh-gaduh pasal politik dan perkauman. Nak berpolitik biarlah cara yang sihat dan rasional. Kat akhirat pun Allah tak tanya kita parti apa, keturunan apa, jawatan apa. Kita bukan orang Melayu, orang Indonesia, orang Cina dan lain-lain tapi kita adalah umat akhir zaman yang dimuliakan oleh Allah iaitu Umat nabi Muhammad SAW. Umat yang dicemburui oleh umat-umat yang terdahulu. Umur mereka pendek2 tetapi amalan mereka hebat2 disebabkan niat baik pun Allah bagi pahala dan setiap kebajikan dilipat 10 kali. Malam Lailatul Qadar contohnya lebih baik dari 1000 bulan.
Undang-undang disini pulak kalau accident kenderaan yang lebih besar dia yang salah. Beca-beca di sini, kenderaan lain seperti kereta dan bas tak berani nak langgar.
Pakaian penarik beca pula semuanya pakai kain pelikat. Yang tu aku lupa nak tanya orang kat sana sebab apa macam tu. Mungkin berangin macam aircond kot bila beca tu dikayuh laju. Tambangnya pula sangat-sangat murah. 1 takar untuk perjalanan dekat tu macam 10 sen la duit Malaysia. Kalau kat Melaka 10 ringgit agaknya sekali naik beca kat Bandar Hilir.
Undang-undang disini pulak kalau accident kenderaan yang lebih besar dia yang salah. Beca-beca di sini, kenderaan lain seperti kereta dan bas tak berani nak langgar.
Pakaian penarik beca pula semuanya pakai kain pelikat. Yang tu aku lupa nak tanya orang kat sana sebab apa macam tu. Mungkin berangin macam aircond kot bila beca tu dikayuh laju. Tambangnya pula sangat-sangat murah. 1 takar untuk perjalanan dekat tu macam 10 sen la duit Malaysia. Kalau kat Melaka 10 ringgit agaknya sekali naik beca kat Bandar Hilir.
Golf
Terpandang set golf kat penjuru ruang tamu dah sampai berhabuk menunjukkan dah lama tak turun padang. Wood Maruman yang member bagi pun belum try lagi. Sejak berkebun ni memang jarang sangat turun. Rasa lebih seronok pulak tengok green atas kepala. Kalau kat padang golf menebas dari bawah, tapi kat kebun pisang menebas pelepah pisang dari atas pulak. lebih berfaedah rasanya duduk dalam kebun sambil berjalan bawak 'iron' tajam..parang le tu.
Suasana berbeza bila berada di kebun, hilang stress tambahan pula dengan suasana bawah pokok yang redup. Nak kata nak pencen golf pun tak juga. Minat tu masih ada cuma masa saja yang tak ada. Sekarang ni kira social golfer je. Handicap pun dah naik tak boleh nak maintain yang lama. Kulit pun dah cerah sikit sejak takmain golf. Dulu kalau take off pagi, pukul 2.00 pun belum habis lagi. Lepas main nak makan minum kat club. Sampai rumah pun dah senja dan isteri tegur pun macam tak ikhlas jer..maklumla kita pergi enjoy2 dia duduk rumah jaga anak.
Untuk lepas gian tu kena pergi driving range bawa iron 7 dengan rescue jer. Sebab itulah aku punya penyelamat dalam game.
Baja kimia
Taukeh kedai kata" ini barang banyak mahal beli pun buang juga ke tanah". Betul juga dia kata. Tapi aku tak nak la pokok-pokok pisang kata aku ni taik hidung masin. Pandai tanam tapi suruh cari makan sendiri. Sekurang-kurangnya bila aku tabur kat tanah, pokok pisang tengok aku pun happy je..Serupa pelihara binatang kena bagi makan juga. Inipun amalan mulia juga sebab mereka semua makhluk Allah. Mereka juga ada hak masing-masing.
Beli pun tak banyak. Kena budget sebab tak ada hasil lagi. Terpaksa guna duit gaji. Tanya orang yang berpengalaman, walaupun agak mahal tetapi bagus dan penggunaannya pun tak perlu banyak. Yang mahal tu agaknya sebab dari Norway. Tu la kan rezeki pokok pisang yang aku tanam ni, dia makan baja pun import punya.
Untuk pokok yang agak-agak dah dara tu aku campur sikit dengan baja buah/bunga. Formula campuran tu ikut citarasa jer. Tapi kalau dah berbuah jangan tabur baja 'urea' sebab buah akan jadi keras dan tak masak. Itupun orang bagitau aku masa kat kedai jual baja tu.
Untukmu Wahai Isteriku!!
Isteriku, walau kaum hawa lemah
Tetapi teriakan mereka mampu merubah dunia
Berapa banyak orang masuk penjara dunia
Kerana wanita berteriak:
Suamiku, aku ingin rumah besar
Aku ingin baju yang mahal
Aku ingin makan enak
Aku ingin..Aku ingin...
Sehingga..
Lelaki telah kehilangan akal sihatnya
Berbuat kejahatan..
Berapa banyak lelaki terjerumus..
Ke dalam Lam Lam dan Ghoyya
Satu lembah di Neraka
Hatta... Bal'am Bin Baouro seorang wali menjadi penghuninya
Isteriku!! Hiduplah dengan sederhana
Kerana sederhana adalah tuntutan agama
Agama akan subur dengan kesederhanaan
Dan Allah SWT akan menolong hambaNya
Yang ada dalam kesederhanaan
Jika rumah kamu..
Begitu banyak barang yang dibeli
Maka kamu akan sibuk membersihkannya
Tetapi kamu lupa bersihkan hati
Janganlah kamu sia-siakan umurmu
Masa luangmu kajilah sunnah Nabimu
Usahakanlah hidup bagaimana kehidupan sahabiyah
Sehingga keridhoan Allah SWT datang kepadamu
Aku bangga..
Bila ada orang bertanya kepadamu
Dimanakah tempat terhebat untuk berbelanja di kota ini
Sedangkan engkau mengatakan .. tak tahu..
Ketahuilah bahawa sahabiyah
Mereka tak hafal
Jalan di kampung dan bandar mereka sendiri
Tetapi...
Mereka hafal jalan-jalan menuju ke Syurga
Itulah sebabnya..
Mereka telah hantarkan suami mereka dan anak-anak mereka ke Syurga
Teriakan mereka...
Menjadikan Amru Bin Jamuh yang lumpuh
Menjadi masyhur di langit
Asbab isterinya berteriak.....
"Pergilah suamiku bersama-sama anak-anak
janganlah kamu menjadi pengecut"
Asbab teriakan wanita untuk membela agama
Berapa banyak lelaki
Telah menjadi Raja-Raja di Syurga
Yang tidak dapat digambarkan oleh akal manusia
Tetapi teriakan mereka mampu merubah dunia
Berapa banyak orang masuk penjara dunia
Kerana wanita berteriak:
Suamiku, aku ingin rumah besar
Aku ingin baju yang mahal
Aku ingin makan enak
Aku ingin..Aku ingin...
Sehingga..
Lelaki telah kehilangan akal sihatnya
Berbuat kejahatan..
Berapa banyak lelaki terjerumus..
Ke dalam Lam Lam dan Ghoyya
Satu lembah di Neraka
Hatta... Bal'am Bin Baouro seorang wali menjadi penghuninya
Isteriku!! Hiduplah dengan sederhana
Kerana sederhana adalah tuntutan agama
Agama akan subur dengan kesederhanaan
Dan Allah SWT akan menolong hambaNya
Yang ada dalam kesederhanaan
Jika rumah kamu..
Begitu banyak barang yang dibeli
Maka kamu akan sibuk membersihkannya
Tetapi kamu lupa bersihkan hati
Janganlah kamu sia-siakan umurmu
Masa luangmu kajilah sunnah Nabimu
Usahakanlah hidup bagaimana kehidupan sahabiyah
Sehingga keridhoan Allah SWT datang kepadamu
Aku bangga..
Bila ada orang bertanya kepadamu
Dimanakah tempat terhebat untuk berbelanja di kota ini
Sedangkan engkau mengatakan .. tak tahu..
Ketahuilah bahawa sahabiyah
Mereka tak hafal
Jalan di kampung dan bandar mereka sendiri
Tetapi...
Mereka hafal jalan-jalan menuju ke Syurga
Itulah sebabnya..
Mereka telah hantarkan suami mereka dan anak-anak mereka ke Syurga
Teriakan mereka...
Menjadikan Amru Bin Jamuh yang lumpuh
Menjadi masyhur di langit
Asbab isterinya berteriak.....
"Pergilah suamiku bersama-sama anak-anak
janganlah kamu menjadi pengecut"
Asbab teriakan wanita untuk membela agama
Berapa banyak lelaki
Telah menjadi Raja-Raja di Syurga
Yang tidak dapat digambarkan oleh akal manusia
Subscribe to:
Posts (Atom)

