Powered By Blogger

Tuesday, September 7, 2010

Sarawak Trip


Sambil tunggu flight duduk je kat Starbuck sambil ngitup kopi yang harganya tak logik dek akal. Tapi nak action order juga le..jaga standard.

Duduk lama-lama pun letih juga. Teringat isteri dan anak-anak kat rumah hati nak balik je. Lain kali ada masa boleh bawak semua famili datang cuti-cuti malaysia...

Pasar Serikin sempadan Kalimantan. Banyak jual barang-barang Indon. Yang murah tikar rotan dibanding dengan Semenanjung. Aku pun terbeli juga sekeping berharga 350.00. Kenang-kenangan bukan selalu pun pergi.

Pasar Ikan Terubuk. Ikan tak mahal, yang mahal telurnya. Sampai beratus-ratus ringgit sekilo. Ada mencecah 400 ringgit sekilo. Aku tanya ada ke orang beli punya la mahal. Dia jawab orang Brunei yang datang beli. O o ye ke aku melopong je.. Punyalah kaya org Brunei ni..

Tempat menginap di Hilton. Hotel yang mempunyai pemandangan sungai Sarawak.

Sebelum beli boleh test rasanya. Tapi my friend makan sampai puas. Semuanya dirasa. Pastu beli sikit je.

Kek-kek yang telah sedia untuk dijual. Ada bermacam-macam jenis warna dan corak. Semuanya sedap-sedap.

Kek Lapis Sarawak memang sedap dan menyelerakan. Harganya pun sangat berpatutan dibandingkan dengan di Semenanjung.

Pemandangan dari dalam bot penumpang di tengah-tengah sungai Sarawak. Airnya sangat tenang dan bersih.

Menyeberang Sungai Sarawak. Tambang 50sen je. Tak sampai 5 minit dah sampai seberang. Pengangkutan utama dan tarikan pelancung ke Sarawak.


Masak makanan dalam buluh. Rasanya tak sedap sangat la. Tempatnya seberang sahaja sungai sarawak jumpalah tempat tu..

No comments:

Post a Comment