Isteriku, walau kaum hawa lemah
Tetapi teriakan mereka mampu merubah dunia
Berapa banyak orang masuk penjara dunia
Kerana wanita berteriak:
Suamiku, aku ingin rumah besar
Aku ingin baju yang mahal
Aku ingin makan enak
Aku ingin..Aku ingin...
Sehingga..
Lelaki telah kehilangan akal sihatnya
Berbuat kejahatan..
Berapa banyak lelaki terjerumus..
Ke dalam Lam Lam dan Ghoyya
Satu lembah di Neraka
Hatta... Bal'am Bin Baouro seorang wali menjadi penghuninya
Isteriku!! Hiduplah dengan sederhana
Kerana sederhana adalah tuntutan agama
Agama akan subur dengan kesederhanaan
Dan Allah SWT akan menolong hambaNya
Yang ada dalam kesederhanaan
Jika rumah kamu..
Begitu banyak barang yang dibeli
Maka kamu akan sibuk membersihkannya
Tetapi kamu lupa bersihkan hati
Janganlah kamu sia-siakan umurmu
Masa luangmu kajilah sunnah Nabimu
Usahakanlah hidup bagaimana kehidupan sahabiyah
Sehingga keridhoan Allah SWT datang kepadamu
Aku bangga..
Bila ada orang bertanya kepadamu
Dimanakah tempat terhebat untuk berbelanja di kota ini
Sedangkan engkau mengatakan .. tak tahu..
Ketahuilah bahawa sahabiyah
Mereka tak hafal
Jalan di kampung dan bandar mereka sendiri
Tetapi...
Mereka hafal jalan-jalan menuju ke Syurga
Itulah sebabnya..
Mereka telah hantarkan suami mereka dan anak-anak mereka ke Syurga
Teriakan mereka...
Menjadikan Amru Bin Jamuh yang lumpuh
Menjadi masyhur di langit
Asbab isterinya berteriak.....
"Pergilah suamiku bersama-sama anak-anak
janganlah kamu menjadi pengecut"
Asbab teriakan wanita untuk membela agama
Berapa banyak lelaki
Telah menjadi Raja-Raja di Syurga
Yang tidak dapat digambarkan oleh akal manusia
No comments:
Post a Comment