Posing sebelum naik kapal terbang Biman Airlines.
Pasar Di Bandar Dhaka
Inilah keadaan pasar yang menjual pisang di buat dari buluh. Teringat aku pisang-pisang kat londang. Nak tanya harga dan pisang apapun aku tak paham bahasa dia jadi aku cuma tengok je la.
Penjual Buah
Abang Bangla ni pernah duduk Malaysia di Shah Alam. Sembang-sembang dia kata duduk sini susah mau cari makan bang. Teringat aku bertuahnya la aku dilahirkan kat Malaysia. Tak payah nak merantau macam mereka ni. Sekadar cukup-cukup makan jer.
Dacing
Kat Malaysia dacing tu dah masuk muzium. Takda dacing elektronik semuanya pakai batu lagi. Walaupun begitu penjual-penjual disini tak tipu timbangan sebab orang-orang Islam disini agamanya bagus-bagus. Jual buah pun pakai baju nak pergi sembahyang.
Beca Di Bandar Dhaka
Syukur ke hadrat Ilahi sebab aku dilahirkan di Malaysia. Jika ditakdirkan aku lahirkan di Bangladesh mungkin aku menjadi salah seorang penarik beca yang memenuhi setiap ruang di Bandar Dhaka. Di sini mana ada kerja nak cari makan, orang bangla pun datang ke sini. Syukurlah banyak-banyak hidup kat Malaysia ni. Jangan gaduh-gaduh pasal politik dan perkauman. Nak berpolitik biarlah cara yang sihat dan rasional. Kat akhirat pun Allah tak tanya kita parti apa, keturunan apa, jawatan apa. Kita bukan orang Melayu, orang Indonesia, orang Cina dan lain-lain tapi kita adalah umat akhir zaman yang dimuliakan oleh Allah iaitu Umat nabi Muhammad SAW. Umat yang dicemburui oleh umat-umat yang terdahulu. Umur mereka pendek2 tetapi amalan mereka hebat2 disebabkan niat baik pun Allah bagi pahala dan setiap kebajikan dilipat 10 kali. Malam Lailatul Qadar contohnya lebih baik dari 1000 bulan.
Undang-undang disini pulak kalau accident kenderaan yang lebih besar dia yang salah. Beca-beca di sini, kenderaan lain seperti kereta dan bas tak berani nak langgar.
Pakaian penarik beca pula semuanya pakai kain pelikat. Yang tu aku lupa nak tanya orang kat sana sebab apa macam tu. Mungkin berangin macam aircond kot bila beca tu dikayuh laju. Tambangnya pula sangat-sangat murah. 1 takar untuk perjalanan dekat tu macam 10 sen la duit Malaysia. Kalau kat Melaka 10 ringgit agaknya sekali naik beca kat Bandar Hilir.

No comments:
Post a Comment