Powered By Blogger

Wednesday, May 26, 2010

Benih Pisang

Benih Tisu
Benih tengah naik macam ini kena dibelai selalu. Akar baru mula nak mengembang. Air pula kena sentiasa dijirus. Ada juga anak yang kurang semangat terus je layu dan mati. Tapi tidak banyak. Bila dah naik dalam 2 kaki boleh dipindah ke ladang apabila batang cantik, daun sihat. Ada lebih kurang 8 ribu lubang telah tersedia. Mudah-mudahan anak-anak benih terus membesar.

Tuesday, May 25, 2010

Kebesaran Allah

Santapan Rohani

Alangkah hebatnya ciptaan Allah menciptakan langit dan bumi. Lebih hebat lagi Allah mencipta Syurga yang tidak digambarkan oleh akal manusia. Sekecil-kecil Syurga yang Allah kurniakan kepada manusia yang mempunyai iman sebesar zarah adalah sepuluh kali luas dunia..Masyaallah..

Kita jadikan dunia sebagai kenderaan menuju Allah..hatta kenderaan itu hanhya seekor keldai yang uzur..jika hati mau pasti kita akan sampai kepadaNya.(sms dpd bosku selepas subuh yang menjadi santapan rohani)

Pondok Rehat


Tempat Rehat
Nak buat pondok ni pun banyak belanja. Itupun pakai kayu secondhand je. Nak buat sendiri pulak tak berapa pandai. Upah juga le kawan yang boleh bertukang. Lepas ni pulak nak masuk api dgn air. Kalau pekerja nak rehat pun selesa juga.

Monday, May 24, 2010

Fasa 2



Seronok bila tengok benih pisang tisu kultur dalam polibeg mula bertambah subur. Keadaan cuaca yang nampaknya semakin baik dengan hujan yang kerap turun, proses menanam akan dimulakan. Semua lubang telah digali menggunakan jentera. Banyak juga kosnya tetapi untuk jangka panjang mungkin berbaloi. Dengan lubang yang dikorek selebar 2kaki menjadikan tanah gembur dan akar-akar muda akan berkembang dengan cepat.

Kelewatan mendapatkan bekalan benih menjadi masalah utama dan usaha sedang dijalankan untuk mendapatkan bekalan sebanyak 10,000 anak benih lagi.

Perkara yang paling tidak menyenangkan adalah musuh-musuh yang sentiasa mencari peluang memasuki kawasan. Tuan-tuan punya lembu dan kerbau yang tidak dijaga merupakan ancaman yang paling merisaukan. Tuan-tuan lembu seperti tidak ada perasaan apabila petani mengalami kerugian akibat binatang peliharaannya meranapkan tanaman. Mereka bagi alasan kenapa kita tidak memagar kawasan dengan sempurna. Kadang-kadang nak menjawab" bolehke kalau mencuri masuk rumah pakcik, pencuri tu kata kenapa tak kunci rumah betul-betul".